TERJAHAN Fellaini (kanan) menyebabkan United rugi dua mata. FOTO EPA
TERJAHAN Fellaini (kanan) menyebabkan United rugi dua mata. FOTO EPA
AFP

Liverpool, England: Jose Mourinho mendakwa beliau dinilai secara berat sebelah oleh pengkritik selepas Manchester United bolos penalti Leighton Baines pada saat akhir sekali gus dipaksa seri 1-1 di Everton.

Skuad Mourinho hanya menang dua kali dalam liga sejak akhir Ogos lalu, yang mencatat banyak keputusan seri sekali gus menjejaskan harapan United untuk memenangi gelaran pada penampilan musim pertama pengurus baru mereka di Old Trafford.

Bagaimanapun Mourinho yang meraih reputasi kerana tidak selalunya menang dengan bergaya di Chelsea, menegaskan skuadnya bermain dengan baik dan beliau secara dilayan berat sebelah.

“Anda perlu membuat keputusan kerana pasukan saya menampilkan bola sepak pragmatik, menang perlawanan dan gelaran, kemudian anda katakan ia tidak bagus,” kata Mourinho.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 7:55 AM