POGBA (kiri duduk) mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa meninggalkan padang.
POGBA (kiri duduk) mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa meninggalkan padang.
AFP

Manchester: Juan Mata menjaringkan gol tunggal ketika Manchester United mencatatkan kemenangan kurang meyakinkan 1-0 ke atas FC Rostov awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir Liga Europa.

Mata menjaringkan gol 20 minit sebelum tamat perlawanan, sekali gus melengkapkan kemenangan agregat 2-1 yang membawa United menyertai kelompok lapan terbaik dalam kejohanan divisyen kedua kelab Eropah buat kali pertama sejak 1985.

Namun kemenangan itu dibayar dengan kecederaan pemain termahal dunia Paul Pogba yang meninggalkan padang kerana masalah hamstring pada awal separuh masa kedua di Old Trafford.

Pengurus United Jose Mourinho berkata kecederaan Pogba berpunca daripada ‘keletihan’ dan menyalahkan ‘musuh’ yang tidak dinyatakan mungkin merujuk kepada jadual padat pasukannya.

“Musuh sebenarnya adalah Rostov tapi kami mempunyai banyak musuh,” kata Mourinho.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 6:53 AM