Beberapa kawasan rendah di Kampung Tasek, Pasir Puteh, kini mula dilanda banjir. FOTO Rokaid Chik
Beberapa kawasan rendah di Kampung Tasek, Pasir Puteh, kini mula dilanda banjir. FOTO Rokaid Chik
Rokaid Chik

Pasir Puteh: Kawasan rendah di daerah ini dalam pemantauan berikutan hujan lebat berterusan bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, walaupun beberapa kawasan paras air naik, setakat ini tiada penduduk yang diarahkan berpindah.

Katanya, penduduk masih lagi tinggal di rumah mereka dan pihak polis bersama pasukan keselamatan lain akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

"Viral yang mengatakan penduduk berpindah ke pusat pemindahan banjir tidak benar. Kami minta semua penduduk berwaspada dan mendengar arahan daripada polis dan pasukan bertugas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Mohd Anis Hussin berkata, beberapa kawasan yang rendah iaitu Kampung Raja, Tasek dan Bukit Awang dinaiki air yang mencecah satu meter.

"Setakat ini tiada arahan meminta penduduk berpindah ke pusat perpindahan banjir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 11:18 PM