Mazizul Dani


SET kombo makanan dan minuman dijual pada harga RM5 saja!

Itu antara tarikan istimewa Kafeteria RM5 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU 2016).

Chef Eksekutif PWTC, Suzaini Mohamed Salleh, berkata dengan harga RM5, pelbagai menu disediakan kepada pengunjung.

"KUALITI tidak boleh dikompromi,” kata Chef Eksekutif PWTC, Suzaini Mohamed Salleh.
"KUALITI tidak boleh dikompromi,” kata Chef Eksekutif PWTC, Suzaini Mohamed Salleh.

"Kalau nasi campur...kita ada ayam dan sayur. Kalau di luar memang takkan dapat dengan harga sebegini. Kita perkenalkan kafe ini untuk beri perkhidmatan kepada pengunjung supaya ada tempat makan dalam bangunan yang sama.

"Kualiti tidak boleh dikompromi. Walaupun harga murah tapi kualiti tetap sama tak ada 'short cut'. Itu yang penting," katanya ketika ditemui di kafeteria itu hari ini.

Kafeteria yang pertama kali diperkenalkan pada PAU tahun ini terletak di tingkat 4 PWTC.

Selain nasi campur, menu lain yang dijual ialah burger, hotdog, sandwich dan roti canai.

Sehingga ini, katanya, pendapatan kafeteria yang dibuka dari 7 pagi hingga 9 malam sudah mencecah RM50,000.

Dia menyasarkan pendapatan lebih RM200,000 sehingga hari terakhir PAU 2016, Sabtu ini.

Sementara itu, pengunjung menganggap kewujudan kafeteria ini memudahkan urusan mereka.

"Pada saya ia mudah, cepat dan senang. Senang saja naik ke sini untuk makan dengan harga yang berpatutan," kata Jumaida Nasir, 43, perwakilan dari Sabah.

“SENANG...tak perlu jalan jauh nak makan,” kata perwakilan dari Sabah, Jumaida Nasir.
“SENANG...tak perlu jalan jauh nak makan,” kata perwakilan dari Sabah, Jumaida Nasir.

Peniaga, Norasyazwani Ismail, 24, berkata kafeteria ini selesa dengan ruang makan yang luas.

“KOMBO yang diperkenalkan menarik dan murah,” kata peniaga PAU 2016, Norasyazwani Ismail.
“KOMBO yang diperkenalkan menarik dan murah,” kata peniaga PAU 2016, Norasyazwani Ismail.

"Ia memudahkan untuk perwakilan dan tak perlu beli makan di luar, tak perlu beratur panjang. Paling 'best' dia ada kombo set RM5 saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 8:29 PM