ANGGOTA polis menahan dua wanita.
ANGGOTA polis menahan dua wanita.
Mohd Fadly Samsudin


Bangi: Berbaju kurung dan menyamar sebagai penjual buku agama dengan merayau-rayau di kawasan perumahan.

Itu taktik dilakukan dua penjenayah wanita warga Myanmar yang licik mencari peluang memecah masuk rumah penduduk pada siang hari.

Dalam kejadian terbaru jam 11.30 pagi Sabtu lalu, dua wanita terbabit dengan selamba memasuki sebuah rumah di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini, ketika penghuninya berada di dapur.

Difahamkan, suspek mengambil peluang memasuki rumah berkenaan selepas mendapati pintu rumah mangsa tidak berkunci.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian pemilik rumah berada di dapur sebelum menyedari pintu rumah dan pagar depan terbuka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2016 @ 8:22 AM