Surat dan peluru yang diterima Maria.
Surat dan peluru yang diterima Maria.
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Pengerusi Bersih Maria Chin menerima ugutan bunuh menerusi sepucuk surat amaran berisi sebutir peluru hidup yang dihantar ke rumahnya di Taman Bukit Mayang Emas, Petaling Jaya, Selangor.

Maria dalam kenyataannya hari ini berkata, individu terbabit menghantar surat berkenaan bertarikh 18 November lalu ketika dia ditahan polis.

Katanya, dia menemui surat berkenaan selepas pulang ke rumah sebaik dibebaskan daripada tahanan polis.

"Selain peluru pistol, terdapat nota amaran bertulis "Amaran terakhir jika tidak RIP (meninggal dunia) Marina (Maria) & keluarga.

"Tindakan seperti ini perlu dikutuk dan mereka yang melakukannya perlu disumbat ke dalam penjara," katanya.

Maria berkata, dia akan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 9:08 PM