EMPANGAN yang terpaksa dilepaskan air. FOTO ihsan pembaca
EMPANGAN yang terpaksa dilepaskan air. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Kangar: Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini selepas dilanda gelombang kedua banjir sejak semalam.

Tiga PPS yang dibuka ialah Sekolah Menengah Abi, di Kangar manakala di daerah Padang Besar dua PPS dibuka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Dewan Seri Malau.

Sehingga 8 pagi tadi, sebanyak 71 mangsa ditempatkan di ketiga-tiga PPS berkenaan membabitkan 21 keluarga.

Berdasarkan maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, jumlah berkenaan bakal bertambah ekoran hujan yang masih turun.

Berdasarkan maklumat MKN juga, jumlah kawasan yang akan dinaiki air juga dijangka bertambah di negeri ini selepas kesemua enam pintu di Empangan Timah Tasoh kini dibuka ekoran tidak dapat menampung jumlah air yang banyak di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 12:45 PM