FOX Movies Awesome Weekend di pekarangan Setia City Park pada Sabtu dan Ahad ini.
FOX Movies Awesome Weekend di pekarangan Setia City Park pada Sabtu dan Ahad ini.

Menjelang musim cuti sekolah, Fox Movies Premium akan menganjurkan beberapa aktiviti menarik untuk seisi keluarga, Sabtu dan Ahad ini.

Acara Fox Movies Awesome Weekend ini akan berlangsung di pekarangan Setia City Park, Shah Alam, Selangor pada jam 2 petang hingga tengah malam.

Antara aktiviti menarik menanti pengunjung adalah lari bungee, laluan berhalangan, lukisan wajah, meniup buih gergasi dan gerai bergambar.

Pengunjung yang menggemari aktiviti lasak boleh mencuba bola Zorb, Gladiator Arena Inflatable dan realiti maya Assassin’s Creed.

Bagi penggemar filem pula, Fox Movies Premium turut menyediakan ruang khas untuk tayangan animasi RIO dan Avatar pada Sabtu ini mulai jam 8 malam.

Manakala filem Kung Fu Panda 3 dan Kingsman: The Secret Service masing-masing akan ditayangkan pada jam 8 malam dan 10 malam, Ahad ini.

Penonton dibenarkan membawa selimut, tikar dan bantal sendiri bagi menikmati filem dalam keadaan lebih selesa.

Bukan itu saja, 200 pengunjung awal turut berpeluang membawa pulang cenderahati istimewa.

Maklumat lanjut mengenai acara berkenaan boleh didapati di Facebook Fox Movies Awesome Weekend.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 10:30 AM