ZURAIDA (dua kiri) ketika sidang media di Mahkamah Jalan Duta. FOTO Muhd Asyraf Sawal
ZURAIDA (dua kiri) ketika sidang media di Mahkamah Jalan Duta. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin memfailkan saman terhadap pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Mahkamah Tinggi di sini kerana mendakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung insiden pukul Ahad lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memfailkan saman itu di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Zuraida mendakwa pada 13 November lalu, Jamal sebagai defendan dengan berniat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah membabitkan dirinya selepas berlaku insiden pukul di pusat beli-belah Ampang Point, di sini.

Zuraida mendakwa ia diterbitkan secara meluas dan disebarkan di beberapa media tempatan.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am dan teruk serta relif lain yang difikirkan sesuai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 5:37 PM