Anja Asmara


Pontian: Air laut melimpahi benteng di Pusat Perdagangan Pontian bermula kira-kira 9 pagi tadi akibat ombak besar susulan fenomena air laut pasang besar.

Keadaan ombak besar yang turut disertai hujan menyebabkan air laut melimpahi benteng sejauh kira-kira 100 meter.

Tinjuan yang dilakukan bagaimanapun mendapati air mula surut kira-kira sejam kemudian.

Fenomena Supermoon atau nama saintifiknya ‘Lunar Pedigee’ iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada hari ini dijangka mengakibatkan berlakunya keadaan air pasang besar di beberapa negeri terutama kawasan pantai timur dan pantai barat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 1:49 PM