SULTAN Nazrin (tengah) berkenan memeriksa Istiadat Perbarisan di Kem Sangro bersempena Hari Rejimen Askar Jurutera (RAJD) ke-63. FOTO Supian Ahmad
SULTAN Nazrin (tengah) berkenan memeriksa Istiadat Perbarisan di Kem Sangro bersempena Hari Rejimen Askar Jurutera (RAJD) ke-63. FOTO Supian Ahmad
Farah Suhaidah Othman


Taiping: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Hari Rejimen Askar Jurutera (RAJD) ke-63 di Padang Kawad Kem Sangro, Kamunting di sini, hari ini.

Baginda berdua tiba di kem berkenaan pada 9.20 pagi dan disambut Ketua Jurutera RAJD, Mejar Jeneral Ir Datuk Abdul Nasser Ahmad.

Sultan Nazrin kemudian memeriksa perbarisan empat pasukan daripada gabungan beberapa unit RAJD termasuk 17 pegawai dan 250 anggota yang diketuai Leftenan Kolonel Ainol Huda Abdul Manap.

Selepas tamat upacara istiadat berkenaan, baginda berdua turut meluangkan masa melawat tapak pameran sebelum berkenan ke majlis santapan bersama tetamu kenamaan, pegawai, anggota dan pesara RAJD.

Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara berangkat pulang pada 11.30 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 1:36 PM