Jamil menunjukkan minyak masak yang diproses ketika membuat pemeriksaan di Kilang Penapisan Minyak Masak Intercontinental Specialty Fats Sdn Bhd, Dengkil. Turut sama, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Othman Nawang (kiri), Penolong Pengurus, Jabatan Pemasaran ISF Sdn Bhd, Heng Boon Huat (dua dari kanan) dan Pengurus Operasi ISF Sdn Bhd, Jason Tan Boon Tiang. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Siti A'isyah Sukaimi

Dengkil: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membatalkan lesen pihak pembungkus yang gagal menyediakan bekalan minyak masak di pasaran.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh berkata, pihaknya mendapati bekalan di kilang memproses minyak masak mencukupi namun ada dalam kalangan pembungkus dipercayai tidak mengambil bekalan daripada pengilang.

"Masalah kewangan dihadapi pihak pembungkus dipercayai antara punca mereka tidak dapat mengambil minyak masak daripada pengilang kerana perlu membayar terlebih dulu.

"Justeru, KPDNKK akan membuat pemutihan bagi memastikan pihak pembungkus mampu mengendalikan bekalan minyak masak dan jika mereka tidak berupaya, kita akan mengkaji semula bagi membolehkan kuota subsidi itu ditarik dan kemudian diberikan kepada pihak yang mampu," katanya kepada pemberita pada pemeriksaan bekalan minyak masak di sebuah kilang penapisan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, sejak 21 Oktober lalu sehingga semalam, sebanyak 34 kes berkaitan kesalahan menyorok bekalan minyak masak sudah diambil tindakan manakala enam kes dituduh di mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 3:23 PM