Mohd Nasaruddin (empat dari kanan) menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media di IPD Kunak. FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING.
Mohd Nasaruddin (empat dari kanan) menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media di IPD Kunak. FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING.
Ainul Durmahyanty Durming

Kunak: Polis merampas rokok seludup dan tembakau bernilai kira-kira RM900,000 dengan penahanan tiga individu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian 5 pagi itu, pihaknya menahan pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dan lori dipandu lelaki berusia 35 tahun dengan penumpang seorang warga Indonesia.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Tawau menghala ke Lahad Datu

"Pemeriksaan pada lori berkenaan menemui 168,550 bungkus rokok serta 8,700 bungkus tembakau salak yang dipercayai mengelak cukai kastam dengan nilai rampasan dianggarkan RM900,000 tidak termasuk cukai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(c) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 12:32 PM