PEMAIN Harimau Malaysia menjalani latihan pemulihan di kolam renang bagi persiapan menjelang Piala AFF hujung bulan ini. FOTO Hasriyasyah Sabudin
PEMAIN Harimau Malaysia menjalani latihan pemulihan di kolam renang bagi persiapan menjelang Piala AFF hujung bulan ini. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Biarpun kemampuan skuad kebangsaan diragui untuk melepasi halangan peringkat kumpulan pada Piala AFF di Yangon, Myanmar bermula 20 November ini, penyerang berpengalaman Safee Sali tetap percaya sasaran sekurang-kurangnya ke separuh akhir tetap realistik.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengelak daripada diundi dalam Kumpulan A membabitkan juara bertahan Thailand, tuan rumah Filipina, Indonesia dan Singapura.

Bagaimanapun ia bukan bermakna laluan mudah buat Malaysia apabila terpaksa berdepan pasukan tuan rumah Myanmar yang dilihat sukar diatasi di laman sendiri, Vietnam serta pasukan juara pusingan kelayakan Kemboja dalam kempen Kumpulan B.

“Myanmar pasti akan mendapat kelebihan bermain di depan penyokong sendiri manakala Vietnam mempunyai rekod baik di kejohanan ini manakala Kemboja pula beraksi baik pada pusingan kelayakan.

“Jurulatih menetapkan sasaran untuk kami mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir, saya fikir ia sesuatu yang realistik,” kata Safee.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 November 2016 @ 8:00 AM