Palet rona lembut biru tentera laut, gading dan kelabu pucat antara yang diperkenalkan Nautica menjelang penghujung 2016.

Berkonsepkan cetakan seni bina diilhamkan menerusi garis abstrak kapal laut serta corak geometri menjadi nadi dalam rekaan busana bagi memperlihatkan gaya feminin wanita.

Memaparkan corak segar dan bersih, ia menjadi konsep terkini Nautica sejak dulu. Antara yang diperkenalkan ialah seluar khaki, skirt berbentuk pensel serta jaket musim sejuk pada rona semula jadi seperti hijau zamrud dan biru.

Penggunaan fabrik kapas ternyata memberikan keselesaan kepada si pemakai seterusnya memberikan gaya terkini wanita.

Padankan dengan sebarang corak busana, sudah pasti sesiapa juga inginkan gaya ringkas namun kelihatan menyerlah. Boleh digayakan untuk acara kasual atau percutian hujung tahun anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 5:01 AM