KANAK-KANAK lelaki berdiri di kalangan bangunan yang roboh akibat serangan di Douma, Damascus, Syria. FOTO Reuters
KANAK-KANAK lelaki berdiri di kalangan bangunan yang roboh akibat serangan di Douma, Damascus, Syria. FOTO Reuters
PENDUDUK berjalan sebelah bangunan yang rosak akibat serangan udara di Douma, Damascus, Syria. FOTO Reuters
PENDUDUK berjalan sebelah bangunan yang rosak akibat serangan udara di Douma, Damascus, Syria. FOTO Reuters
Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) mensasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi menjayakan Misi Kemanusiaan #WinterSyria 2016.

Misi berkenaan akan dilaksanakan pada penghujung November ini membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan beberapa pertubuhan kemanusiaan negara lain antaranya Turki dan Indonesia.

Pengerusi MaSSSA Mustapa Mansor berkata, pihaknya mensasarkan jumlah kutipan RM1 juta sebelum melaksanakan misi berkenaan.

“Kita bukan saja memberi fokus kepada sumbangan berbentuk wang tetapi kita turut mensasarkan lima kontena untuk dihantar ke Syria.

“Lima kontena ini adalah barangan persediaan untuk musim sejuk seperti baju tebal, enjin penjana elektrik, minyak, susu bayi dan pelbagai barangan keperluan lain,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian menerusi akaun MaSSSA 564221628786 (Maybank).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 2:50 PM