AIR pasang serta hujan lebat menyebabkan jalan Port Dickson dinaiki air. FOTO Mohd Khidir Zakaria
AIR pasang serta hujan lebat menyebabkan jalan Port Dickson dinaiki air. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Fenomena air pasang serta hujan lebat menyebabkan 12 rumah dinaiki air sedalam kira-kira 20 sentimeter di Taman Negeri, Lukut, Port Dickson, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba Port Dickson, Ahmad Izam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.54 pagi dan bergegas ke lokasi untuk memantau keadaan.

Katanya, sebaik tiba, bomba mendapati beberapa kawasan dinaiki air namun kembali surut sebaik hujan reda.

"Kawasan ini kerap dilanda banjir kilat namun tidak serius," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu m, tinjauan Harian Metro mendapati beberapa jalan utama di Lukut turut dinaiki air menyebabkan berlaku beberapa insiden kemalangan akibat banjir kilat.

Keadaan ini turut menyebabkan kesesakan dari arah Lukut ke Port Dickson sepanjang hampir tiga kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 12:34 PM