DUTERTE (tengah) menyerahkan bekalan kepada nelayan Vietnam ketika menghadiri majlis melepaskan  sekumpulan nelayan Vietnam pulang di Sual, utara Manila, semalam.  Seramai 17 nelayan Vietnam itu ditahan 8 September lalu kerana didakwa menangkap ikan di perairan Filipina.  - EPA

Reuters

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengecam Amerika Syarikat (AS) kerana menggantung penjualan 26,000 raifal ke negara itu.

Duterte juga menggelar individu di sebalik keputusan AS itu sebagai bodoh dan seperti monyet, serta membayangkan dia mungkin membeli senjata dari Russia dan China.

Jabatan Negara AS menggantung penghantaran raifal itu kepada polis Filipina selepas Senator AS, Ben Cardin mahu membantah penjualan itu.

Pembantu Dewan Senat berkata, Cardin, anggota Jawatan Kuasa Hubungan Luar Senat, keberatan membenarkan penjualan senjata itu kerana bimbang mengenai pencabulan hak asasi manusia dalam kempen memerangi dadah Duterte.

“Tengok monyet ini, 26,000 senjata yang kita mahu beli tetapi mereka tidak mahu menjualnya.

“Anak haram, kami mempunyai banyak senjata yang dibuat di dalam negara. Orang Amerika ini bodoh,” kata Duterte dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Lebih 2,300 suspek dadah dibunuh dalam operasi polis dan kumpulan tidak dikenali, dalam kempen memerangi dadah yang dijanjikan Duterte ketika kempen pilihan raya lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 11:06 AM