LOKASI wanita terjun dari tingkat 11. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
LOKASI wanita terjun dari tingkat 11. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Pekerja salon wanita ditemui mati selepas terjun dari tingkat 11 pangsapuri di Lebuh Maccalum, 6.30 pagi tadi.

Mangsa, Choong Hui Gnoh, 39, ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di atas jalan berhampiran tempat letak kereta.

Dia dikatakan meletakkan kerusi di tepi balkoni sebelum terjun tanpa disedari ibu dan bapanya yang ketika kejadian sedang tidur.

Choong dipercayai mengalami kerisauan sejak beberapa hari lalu dan kejadian yang berlaku benar-benar mengejutkan seluruh ahli keluarganya kerana tidak mempercayai dia akan bertindak sedemikian rupa.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 10:18 AM