Xiaomi memperkenalkan telefon dengan nisbah paparan sehingga 91.3 peratus iaitu Mi Mix yang menonjolkan tahap inovasi dalam aspek skrin depan tanpa bezel.

Ia bermakna jarak antara skrin dan hujung telefon kini seolah-olah tiada lagi dipamerkan.

Namun, Xiaomi terpaksa membuang beberapa komponen utama di ruang depan telefon seperti kamera depan dan penerima panggilan yang digantikan dengan inovasi khas getaran bagi mendengar suara pemanggil.

Xiaomi Mi Mix memiliki skrin besar bersaiz 6.4 inci dengan resolusi HD penuh.

Selain Mi Mix, Xiaomi turut memperkenalkan Mi Note 2 dengan kuasa Snapdragon 821 bersama RAM sehingga 6GB.

Ia mempunyai skrin bersaiz 5.7 inci OLED yang turut melengkung di bahagian sisi.

Kekuatan kali ini terletak pada kamera 22.56 megapiksel di bahagian belakang dan 8.0 megapiksel di depan dengan jaminan ia lebih kemas berbanding model Mi Note sebelum ini.

SPESIFIKASI:

XIAOMI MI MIX

Harga: Anggaran bermula RM2,149

Paparan: 6.4 inci, 91.3 peratus skrin di depan Bahan: Seramik

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 821 2.35GHz

RAM: 6GB

Storan: 256GB

Bateri: 4400mAh

Kamera: 16MP, 5MP

OS: Android dengan MIUI 8

XIAOMI MI NOTE 2

Harga: Anggaran RM1,700 (RAM 4GB+ storan 64GB), anggaran RM2,000 (RAM 6GB+ storan 128GB)

Skrin: 5.7 inci

Kamera: 22.56MP f2.0, 8MP f2.0 (depan)

RAM: 4GB / 6GB

Storan: 64GB / 128GB

Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 821

Bateri: 4070mAh

OS: Android 6.0 dengan MIUI 8

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2016 @ 6:09 AM