PETI sejuk RT7000 menggunakan teknologi penyejukan Twin Cooling Plus.
PETI sejuk RT7000 menggunakan teknologi penyejukan Twin Cooling Plus.
Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Samsung memperkenalkan peti sejuk yang berupaya menyelesaikan masalah pembaziran makanan disebabkan bahan mentah busuk terlalu awal atau makanan basi dengan model terbaru, RT7000.

Ia menggunakan teknologi penyejukan Twin Cooling Plus yang mempunyai dua sistem berbeza untuk mengawal tahap kelembapan dalam bahagian sejuk dan beku.

Teknologi terbabit mampu mengekalkan kesegaran dua kali lebih lama berbanding peti sejuk biasa.

Peti ais sama juga menggunakan teknologi Digital Inverter yang hanya menyejukkan peti apabila diperlukan berbanding sistem penyejukan yang sentiasa terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2016 @ 1:57 PM