JENAZAH mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. FOTO Zaid Salim
JENAZAH mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. FOTO Zaid Salim
Zaid Salim

Marang: Anak anggota polis maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori sampah di Kilometer 17, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Paya Kijing di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.20 malam itu, mangsa, Afiq Asyraf Noor Hafizin, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menunggang motosikal menghala ke bandar Marang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagaimana kemalangan berlaku.

Katanya, saksi kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, bapa mangsa yang bertugas di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu kerana masih bersedih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 10:43 AM