ANGGOTA bomba menjalankan kerja memusnahkan sarang tebuan. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menjalankan kerja memusnahkan sarang tebuan. FOTO ihsan Bomba
Nor Raidah Awang


Selama: Bomba musnahkan sarang tebuan di atas pokok setinggi 12 meter di pekan Rantau Panjang, di sini, malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selama berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada 9.52 malam sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, anggota mendapati terdapat sarang tebuan berukur lilit dua meter di atas pokok setinggi 12 meter berdekatan kedai di kawasan pekan itu.

"Sarang tebuan ini bahaya kepada orang awam di kawasan sekitar dan kita bertindak memusnahkannya.

"Anggota kemudiannya memusnahkan sarang tebuan itu menggunakan alat khas sebelum operasi ditamatkan pada 10.29 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 10:39 AM