ABDUL Muniff Md Isa menyerahkan mas kahwin kepada Mas Normuharni Sheikhah Mohd Sattar selepas majlis akad nikah di Masjid Bandar Puteri Jaya. FOTO Omar Osman
ABDUL Muniff Md Isa menyerahkan mas kahwin kepada Mas Normuharni Sheikhah Mohd Sattar selepas majlis akad nikah di Masjid Bandar Puteri Jaya. FOTO Omar Osman
Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Pasangan pelakon Mas Normuharni Sheikhah Mohd Sattar dan Abdul Muniff Md Isa selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, kira-kira 11 pagi ini.

Majlis akad nikah dilakukan bapa pengantin perempuan, Kapten (B) Sheikhah Mohd Sattar Saad di Masjid Bandar Puteri Jaya, di sini, dengan disaksikan Imam Abdul Rahman Abdul Kadir Jelani.

Sejurus akad nikah, Abdul Muniff, 32, menyarung cincin pada jari Mas Muharni, 28.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM300, senaskhah al-Quran dan wang hantaran RM20,000.

Turut hadir, bapa Abdul Muniff iaitu bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 6:18 PM