Amirul Haswendy Ashari


Bentong: Pelakon drama Mok Cun, Azwan Kombos, 31, selamat bergelar suami kepada pelakon, Ezzaty Abdullah, 26, hari ini.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadkan di kediaman keluarga Ezzaty, di Bentong, Pahang, pada 11.26 pagi.

Pasangan itu dinikahkan Abdullah Mat Isa iaitu bapa Ezzaty dengan disaksikan Kadi Daerah Bentong, Mohd Rasmawi Harun, ahli keluarga dan sahabat handai kedua pasangan.

Ezzaty yang juga pelakon filem Mirip menerima mas kahwin RM22.50 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pengantin lelaki.

Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung sejam sebelum akad nikah, hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 12:47 PM