Paparazi

Amar Baharin yang bakal berkahwin dengan pelakon Amyra Rosli pada 11 November ini nampaknya semakin sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka.

Menariknya ke mana sahaja mereka pergi pasti ditemani ibu Amyra.

Baru-baru ini Papa berpeluang menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen yang menampilkan Amyra sebagai 'muse' bagi koleksi busana perkahwinan itu.

Dapat dilihat bagaimana keakraban kedua-dua mereka yang duduk di kerusi tetamu.

Sesekali Papa sempat menjeling aksi mereka, ternyata Amar dan bakal ibu mentuanya sekepala. Kata orang boleh 'ngam'.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2016 @ 5:02 AM