Kuala Lumpur: Dua daripada tren monorel yang baru buatan Malaysia yang mempunyai empat koc akan memulakan perkhidmatan, Sabtu, 20 Disember, menandakan era baru dalam sejarah perkhidmatan tren Rapid KL.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata set ketiga sudahpun menjalani ujian dan pentauliahan.

“Set keempat dijadual diserahkan menjelang akhir bulan dengan baki sembilan set akan diserahkan secara berperingkat tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed dalam satu kenyataan.

Selain tren baru, Rapid Rail juga menaik taraf semua sebelas stesennya dengan memasang ciri akses universal, penyambungan platform stesen serta pembinaan sayap baharu di Stesen Bukit Bintang station.

Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali laluan monorel Rapid KL. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 11:39 PM