Kapsyen dimuat naik Sharifah Shahirah.
Kapsyen dimuat naik Sharifah Shahirah.
Sakinah (kiri) berkahwin dengan juruterbang tahun lalu.
Sakinah (kiri) berkahwin dengan juruterbang tahun lalu.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Gara-gara status yang dimuat naik kakaknya, Sharifah Shahirah, pelakon Sharifah Sakinah dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka dia hamil.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired,26, ketika dihubungi menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram kakaknya tidak membawa sebarang maksud.

“Saya tak hamil. Kakak saya sekadar bergurau, tak sangka pula pengikutnya ambil serius,” katanya sebentar tadi.

Menurut Sakinah, selepas mengalami keguguran pada Mac lalu dia menyerahkan soal zuriat kepada Allah SWT.

“Saya percaya aturan Allah jauh lebih baik daripada apa yang dirancang. Mungkin belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Sakinah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha, 28, pada 28 Mac tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 6:42 PM