Sakinah bersama suaminya, Michael Hansen.
Sakinah bersama suaminya, Michael Hansen.
Zaara Talita


Klang: Pelakon Sharifah Sakinah, 32, menjalani kehidupan berumahtangga jarak jauh dengan suaminya, Michael Hansen yang bekerja di Sweden bagi mementingkan pendidikan anak-anak.

Sakinah berkata, sebagai pelakon yang boleh mengatur jadual kerja secara fleksibel, dia mengambil pendekatan untuk 'berkorban' melawat suaminya.

"Saya terpaksa berkorban memandangkan kerja saya sebagai pelakon lebih fleksibel berbanding Michael. Dia lebih terikat dengan komitmen kerja di sana. Mungkin dalam setahun kami berjumpa empat kali, namun tempoh masa lama seperti dua atau tiga bulan.

"Sekiranya ada kesempatan nanti mungkin kami akan uruskan untuk tinggal bersama. Namun, buat masa ini pendidikan anak-anak menjadi keutamaan. Itu lebih penting buat masa ini," katanya.

Februari lalu, Sakinah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Hansen.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi.

Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 6:43 PM