ANTARA aksi yang dipamerkan peserta pertandingan yang diadakan di Kampung Sungai Bayor.
ANTARA aksi yang dipamerkan peserta pertandingan yang diadakan di Kampung Sungai Bayor.
Muhamad Izzat Nasuruden


Selama: “Saya tidak menyangka mampu mencipta sejarah dalam pertandingan lumba rakit ini dan hasil usaha keras selama dua minggu berbaloi apabila pasukan kami meraih johan,” kata Muhamad Hisyam Hairudin.

Muhamad Hisyam, 27, adalah ketua pasukan rakit Kampung Sungai Berdarah A yang menjadi pemenang kategori perlumbaan dalam Pesta Rakit 2016 di Kampung Sungai Bayor, di sini, semalam.

Muhamad Hisyam berkata, dia bersama tiga ahli kumpulan lain tidak menyangka mampu mengekalkan kejuaraan kali keempat dalam pertandingan itu selepas melihat bilangan penyertaan daripada pasukan lain yang bertambah beberapa kali ganda.

Katanya, pada edisi lalu, terdapat 30 pasukan rakit yang bertanding di lokasi yang sama.

“Namun edisi kelima ini terdapat 68 pasukan mencuba masih dalam kategori perlumbaan dan memberi saingan sengit.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 5:28 AM