Khairul Najib Asarullah Khan

Port Dickson: Percutian tiga rakan sekampung berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Batu 8, Teluk Kemang, hari ini.

Mangsa, Zairil Hafizi Zulhairi, 21, yang datang dari Banting, Selangor dipercayai lemas, 6.50 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Izwan Md Said berkata, operasi menyelamat masih dijalankan dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Buat masa ini kita masih menjalankan operasi mengesan mangsa di persisiran pantai berikutan cuaca tidak begitu baik.

"Penggunaan bot untuk mencari mangsa masih belum digunakan atas faktor keselamatan," katanya.

FOTO Khairul Najib Asarullah Khan

Zairil Hafizi Zulhairi, 21, dari Banting, Selangor dipercayai lemas di Pantai Batu 8, Teluk Kemang.

Operasi menyelamat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Buat masa ini, operasi mengesan mangsa dijalankan di persisiran pantai berikutan cuaca tidak baik.

VIDEO Khairul Najib Asarullah Khan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 11:11 PM
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu 8, Telok Kemang. FOTO Khairul Najib Asarullah Khan
PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu 8, Telok Kemang. FOTO Khairul Najib Asarullah Khan