ABDUL Rozak bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Syamsi Suhaimi
ABDUL Rozak bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Syamsi Suhaimi
Rokaid Chik


Pasir Puteh: Mekanik motosikal ditahan bersama dadah heroin seberat 58 gram bernilai RM3,500 dalam serbuan di Kampung Banggol Saman, Selising di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, serbuan 1 tengah hari itu menahan lelaki berusia 24 tahun dan polis turut menyita sebuah motosikal.

"Sebelum ditahan berlaku pergelutan apabila suspek cuba melarikan diri, namun kepantasan anggota polis berjaya menahannya.

"Hasil pemeriksaan, menemui dadah jenis heroin di dalam beg dan kita juga menyita motosikal bernilai RM4,000 milik suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 15 (1) akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 7:32 PM