Sebahagian penagih yang ditahan. FOTO ihsan AADK
Sebahagian penagih yang ditahan. FOTO ihsan AADK
Hidayah Mahmud


Maran: Seramai 35 penagih tegar ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Cegah di sekitar daerah ini awal pagi tadi.

Operasi diketuai Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan) AADK Pahang, Zulkapli@Zulkipli Muhammad itu melakukan serbuan di FELDA Sungai Nerek, FELDA Jengka 15, Jengka 16, Jengka 17 dan FELDA Jengka 19.

Zulkapli berkata, dalam operasi bermula jam 2 pagi hingga jam 6 pagi itu pihaknya menahan 35 individu, termasuk seorang wanita.

"Semua ditahan berusia antara 21 hingga 49 tahun dan mereka dibawa ke pejabat AADK daerah untuk ujian air kencing serta pemeriksaan lanjut," katanya ketika ditemui.

Katanya, tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan dan Seksyen 62 (C) APD kerana melanggar syarat pengawasan.

t

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 2:44 PM