Oleh Norhayati Nordin

Walaupun terpaksa berdepan saingan dengan pelawak lelaki, Jihan Muse berjaya membuktikan kemampuannya apabila dia kini semakin laris.

Bukan sekadar aktif berlawak mahu pun berlakon, anak kedua daripada empat beradik ini juga sibuk di pentas pengacaraan.

Terbaru, Jihan, 31, berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Rumah Pusaka Di Simpang Jalan yang juga kerjasama keduanya dengan pengarah kreatif itu.

Menurutnya, pertama kali dia bekerjasama dengan Mamat ialah menerusi filem Amukan Buas Franskenstein Tempatan. Namun, ia yang menjalani penggambaran di Perak awal tahun lalu belum lagi ditayangkan.

"Saya seronok dan teruja bekerja dengannya. Abang Mamat seorang yang mudah asalkan kita faham apa kehendak dia. Senang cakap, ikut saja semua arahan yang diberi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:02 AM