Ella Shalwiza menyiram air mawar di pusara suaminya. FOTO Suzaini Sulaiman
Ella Shalwiza menyiram air mawar di pusara suaminya. FOTO Suzaini Sulaiman
Suzaini Sulaiman


Tanjung Karang: Jenazah ahli kumpulan nasyid, Brothers, Mohd Salleh Mohamed Deril, 40, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga termasuk rakan artis hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara yang hadir termasuk ahli kumpulan Inteam, Mestica, Unic, Saujana, Faizal Tahir, Yasin, Aqil Hay, dan Wahida.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ella Shalwiza Nasir, 32, dan tiga anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Nur Amira Balqis, 18; Nur Ilaina Balqis, 16, dan Nur Aniqa Rusyda, 14.

Mohd Salleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung jam 3.20 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 2:59 PM