PESERTA yang berjaya ke pusingan akhir Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. FOTO Zulfadhli Zulkilfi.
PESERTA yang berjaya ke pusingan akhir Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. FOTO Zulfadhli Zulkilfi.
Georgie Joseph


ENAM peserta Gema Gegar Vaganza (GGV) berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada minggu depan.

Mereka termasuk Brothers, InTeam, Fitri Haris, Heliza dan Hazwani, Adeep Nahar serta Awi Rafael.

Pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, nasib tidak menyebelahi Devotees dan Mestica selepas diumumkan tersingkir sekali gus terlepas peluang beraksi di final.

Pada saingan itu, Brothers menyanyikan lagu Pengasih (Iwan), Devotees (Perpisahan Terasing - KRU), InTeam (Semalam Yang Hangat - Wings), Mestica (Hikmah Kembara - Mirwana) dan Fitri Haris (Di Matamu - Sufian Suhaimi.

Manakala Heliza dan Hazwani menyanyikan lagu Kau Di Hatiku (Datuk Zainal Abidin), Adeep Nahar (Hingga Ke Jannah - KRU) dan Awi Rafael (Peristiwa Subuh - Raihan).

Dihoskan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Fakhrul UNIC, saingan peringkat separuh akhir itu diadili juri tetap iaitu Farihin Abdul Fatah, Oki Setiana Dewi, manakala Ameng Spring sebagai juri jemputan.

Beberapa artis jemputan turut menghiburkan penonton termasuk Ameng, As’at Motawh dan Hijjaz.

Sebelum ini, tiga peserta iaitu Farah Asyikin, Ippo Hafiz dan Rabithah masing-masing tersingkir pada minggu keempat, ketiga, dan kedua.

Juara GGV bakal membawa pulang wang tunai RM100,000, naib juara (RM30,000), tempat ketiga (RM20,000), tempat keempat (RM15,000), tempat kelima (RM10,000), dan tempat keenam (RM5,000) berserta trofi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mei 2018 @ 12:02 AM