Kumpulan Brothers (Dari kiri) Faiz, Salleh, Yasin dan Syah.
Kumpulan Brothers (Dari kiri) Faiz, Salleh, Yasin dan Syah.
Salleh meninggal petang tadi.
Salleh meninggal petang tadi.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Anggota kumpulan nasyid Brothers, Salleh Deril, 40, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3.25 petang tadi.

Allahyarham dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Isnin lalu akibat sakit jantung dan darah tinggi.

Jenazah akan dibawa pulang ke kampungnya di Kuala Selangor untuk dikebumikan malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 4:47 PM