ASRAMA SMK Guar Chempedak. FOTO Nur Syazwana Mansor
ASRAMA SMK Guar Chempedak. FOTO Nur Syazwana Mansor
Nur Syazwana Mansor


Yan: Empat puluh sembilan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, terpaksa dikejarkan ke Hospital Yan, selepas masing-masing mengadu mengalami gejala keracunan makanan, kira-kira 10 pagi tadi.

Sumber berkata, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan tiga hingga lima itu mula mengadu sakit perut dan loya kepada guru mereka sebelum pihak sekolah mengambil tindakan membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan dengan menaiki bas sekolah.

Difahamkan semua mangsa dipercayai mengalami gejala keracunan makanan sejak petang semalam, selepas menikmati makan petang di kantin asrama sekolah terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 12:44 PM