Suspek berusia 26 tahun (kanan) yang direman  berhubung kematian tiga penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, di sini tengah malam Sabtu lalu.
Suspek berusia 26 tahun (kanan) yang direman berhubung kematian tiga penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, di sini tengah malam Sabtu lalu.
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Lelaki berusia 26 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini berhubung kematian tiga penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, di sini tengah malam Sabtu lalu.

Lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Palekbang, Tumpat pada 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan penahanan itu.

"Dia ditahan selepas keluar daripada mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini akibat cedera di muka dan kaki, berikutan kemalangan itu.

"Dalam kemalangan itu, suspek memandu Proton Satria yang diubah suai dipercayai digunakan untuk perlumbaan selain tiada cukai jalan dan insurans sejak lapan tahun lalu. Kita juga akan menahan rakannya berusia lingkungan 20-an untuk bantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam Sabtu, tiga penunggang motosikal, Tan Cheng Ming, 15, Koh Kok Penn,22, dan Wee Teck Mong, 19, maut selepas motosikal ditunggang masing-masing bertembung dengan kereta Proton Satria dan pacuan empat roda.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:58 PM