MAYAT mangsa diletakkan dalam kenderaan polis. FOTO Rosli Ilham
MAYAT mangsa diletakkan dalam kenderaan polis. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Pemandu treler maut selepas tayar kenderaannya meletup dan terkena mukanya di Jalan Jerangau-Jabor di sini, 7.30 malam tadi.

Mohd Nazri Jusoh, 41, dari Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian kerana parah di muka.

Mangsa dikatakan sedang memandu treler membawa muatan simen dari Kuantan ke Kuala Terengganu sebelum terhidu bau hangit dari belakang kenderaannya.

Dia kemudiannya memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa tayarnya.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebiji daripada tayar terbabit meletup dan terkena mukanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jaswari Awang yang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mendapati mangsa sudah meninggal dunia di tepi kenderaannya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 12:30 AM