Hafizh kutip mata pada GP British. FOTO MotoGP.com
Hafizh kutip mata pada GP British. FOTO MotoGP.com
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan Grand Prix British di tempat keempat pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) berlangsung di Litar Silverstone, United Kingdom (UK), hari ini.

Bermula di petak kelima, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mempamer tunggangan konsisten sepanjang perlumbaan untuk mengutip 13 mata berharga.

Penamat keempat itu menyamai pencapaian di GP Qatar dan Catalan.

Sementara itu, dua pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi dari Honda Team Asia dan pelumba SIC Racing Team Adam Norrodin gagal meraih sebarang mata.

Khairul sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-23 sementara Adam ke-24.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 10:41 PM