LEE Chong Wei ketika beraksi di Terbuka Jepun, semalam. FOTO AFP
LEE Chong Wei ketika beraksi di Terbuka Jepun, semalam. FOTO AFP
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Jepun buat kali keenam selepas mengalahkan wakil Denmark, Jan O Jorgensen hari ini.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan mencatat kemenangan 21-18, 15-21, 21-16 di Gymnasium Metropolitan Tokyo.

Aksi akhir perseorangan lelaki kejohanan badminton bertaraf Siri Super itu berlangsung selama satu jam sembilan minit.

Ini adalah kejohanan dan trofi pertama Chong Wei sejak meraih perak dalam acara perseorangan lelaki badminton di Sukan Olimpik Rio 2016 bulan lalu.

Sebelum ini Chong Wei merangkul kejuaraan badminton Terbuka Jepun pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 3:05 PM