ANTARA suspek yang ditahan dalam serbuan. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
ANTARA suspek yang ditahan dalam serbuan. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi

[email protected]. my

Manjung: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung tahan 67 orang termasuk dua wanita disyaki positif dadah dalam operasi di tiga pusat hiburan di Sitiawan, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bermula 10 malam di sekitar pekan Sitiawan itu bertujuan menangani masalah penyalahgunaan dadah.

"Semua yang ditahan berusia antara 31 hingga 66 tahun dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

"Ketika serbuan dijalankan terdapat beberapa individu cuba melarikan dan menyembunyikan diri namun ditahan," katanya.

Mokhtarudin berkata, pihaknya juga menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah seperti straw dan botol.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 4:16 PM