Anggota penguat kuasa KPDNKK Kelantan memunggah sebahagian minyak masak yang dirampas di premis perniagaan di sekitar pekan Rantau Panjang. FOTO SYAHERAH MUSTAFA
Anggota penguat kuasa KPDNKK Kelantan memunggah sebahagian minyak masak yang dirampas di premis perniagaan di sekitar pekan Rantau Panjang. FOTO SYAHERAH MUSTAFA
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Rantau Panjang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan merampas pelbagai barangan bersubsidi bernilai RM24,825 dalam operasi di Rantau Panjang, pagi tadi.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya merampas minyak masak seberat 4.5 tan metrik,gula (0.5 tan metrik) dan tepung gandum (4.5 tan metrik) di lapan premis perniagaan di sekitar pekan Rantau Panjang.

"Kami bertindak selepas menerima maklumat daripada orang ramai yang mendakwa mereka membeli barangan keperluan bersubsidi terbabit dengan harga yang mahal.

"Selain itu, mereka juga mendakwa barang terbabit sukar diperolehi kerana pemborong menjualnya ke pasaran Thailand dengan harga yang lebih tinggi," katanya.

Menurutnya, KPDNKK merampas barangan terbabit kerana peniaga terbabit melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Timbang Sukat 1972.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 9:02 PM