Nor Akmar Samudin

Dalam kehangatan filem Kabali lakonan Rajinikanth yang masih terus diperkatakan, khabarnya anak perempuan hero legenda filem Tamil itu, Soundarya akan bercerai dengan suaminya Ashwin Ramkumar.

Difahamkan, Soundarya sudah memfailkan perceraiannya di Mahkamah Keluarga. Khabarnya hubungan pasangan itu sudah bermasalah sejak beberapa tahun lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2010 di Chennai dan sudah saling mengenali selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ved, yang baru berusia setahun.

Menurut sumber, Rajinikanth yang baru pulang dari Amerika Syarikat pergi berjumpa anaknya memujuk supaya dia membatalkan perceraian tetapi nampaknya Soundarya tetap dengan keputusannya itu.

Dalam pada itu, Ashwin enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung masalah rumah tangganya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 7:46 AM