Ahmad Khan Rahami, rakyat Amerika dari Afghanistan  sedang diburu polis. - Foto Agensi
Ahmad Khan Rahami, rakyat Amerika dari Afghanistan sedang diburu polis. - Foto Agensi
AP

New York: Polis menyiarkan gambar lelaki berusia 28 tahun, rakyat Amerika Syarikat berasal dari Afghanistan yang dikehendaki berhubung serangan bom yang menggemparkan Manhattan.

Datuk Bandar New York Mayor Bill de Blasio menyatakan Ahmad Khan Rahami beralamat di Elizabeth, New Jersey, dianggap bersenjata dan berbahaya.

Gabenor Andrew Cuomo pula berkata, siasatan mendapati ada persamaan bom yang meletup semalam yang mencederakan 29 orang dengan beberapa lagi bom yang ditemui semalam dan hari ini.

Hari ini, ejen FBI memeriksa apartmen di atas restoran ayam goreng di Elizabeth yang mempunyai hubungan dengan Ahmad, beberapa jam selepas satu daripada lima bom buatan sendiri yang ditemui, meletup dekat stesen kereta api ketika anggota skuad pemusnah bom mahu mematikannya.

Semalam, de Blasio dan Cuomo enggan mengesahkan letupan bom itu adalah serangan pengganas namun berikutan perkembangan hari ini, pendirian mereka berubah.

“Lebuh banyak maklumat diperolehi, semakin menunjukkan ia dilakukan pengganas,” kata de Blasio.

Cuomo pula berkata, pihak berkuasa semakin yakin serangan itu ada kaitan dengan kumpulan negara asing.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 9:56 PM