KLOPP (kanan) memeluk Mane.
KLOPP (kanan) memeluk Mane.
AFP

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp enggan melayan kata-kata yang menyatakan pasukannya kini bergelar pencabar utama takhta Liga Perdana selepas menang 2-1 ke atas Chelsea awal pagi semalam.

Voli jarak dekat Dejan Lovren dan rembatan menarik Jordan Henderson membolehkan Liverpool meraih kejayaan di Stamford Bridge sambil Diego Costa menghasilkan gol tunggal tuan rumah.

Liverpool juga menewaskan Arsenal dan juara bertahan Leicester City musim ini tetapi Klopp enggan membincangkan soal kejuaraan Liga Perdana walaupun mengalahkan Chelsea di tempat sendiri dengan 3-1, Oktober lalu.

“Saya tidak berminat,” katanya kepada wartawan pada sidang akhbar di Stamford Bridge ketika ditanya mengenai prospek Liverpool bergelar juara musim ini.

“Ada wartawan bertanya soalan sama ketika kami menang 3-1 ke atas Chelsea musim lalu. Jawapan saya adalah: ‘Adakah awak gila?’ Saya masih ingat lagi kata-kata saya itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 5:25 AM