Datuk Seri Abdul Hadi Awang. FOTO Abdullah Yusof
Datuk Seri Abdul Hadi Awang. FOTO Abdullah Yusof
Isma Ismail


Kuala Terengganu: PAS merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang kembali ke rahmatullah pagi ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mursyidul Am PAS itu adalah generasi awal lulusan Islam yang bersama-sama memperjuangkan agenda Islam dibawa parti berkenaan.

"Allahyarham bersama Prof Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam menjadi generasi awal berkelulusan Islam yang bersama dengan PAS.

"Kita harap semua sumbangan Allahyarham kepada Islam dan PAS diterima oleh Allah serta segala kekurangannya diampunkan Allah," katanya dalam satu kenyataan media selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Abdul Hadi menyifatkan pemergian Mursyidul Am PAS yang juga seorang agamawan dan pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa' adalah satu kehilangan besar kepada negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 12:07 PM