IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Yahya Awang


Taiping : Empat maut selepas kereta yang dinaiki merempuh belakang lori tangki yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 209 lebuh raya PLUS arah utara, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata: “Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada kira-kira 3 petang.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat".

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia adalah pemandu kereta, Azida Othman, 43, beralamat di No 18, Lorong Penaga Permai 18, Taman Senaga Permai, Penaga, Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, penumpang, Muhammmad Aiman Hakim Suhaimi, 19, Othman Hamid, 68, dan Aishah Arof, 62.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori tangki terbabit tidak mengalami kecederaan.

Mengikut maklumat awal diterima keempat-empat yang terbunuh dikatakan mempunyai pertalian darah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 7:15 PM