DUA lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah hotel murah. Gambar kanan, anggota polis memeriksa beg remaja.
DUA lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah hotel murah. Gambar kanan, anggota polis memeriksa beg remaja.
Mohd Fadly Samsudin


Kajang: Telan dadah syabu sambil hidu gam kasut. Itu tindakan gila sekumpulan empat remaja lelaki belasan tahun yang menjadikan sebuah bilik hotel murah sebagai ‘syurga’ menagih dadah.

Remaja berusia lingkungan 15 hingga 17 tahun yang tercicir persekolahan itu dikatakan berkongsi modal RM10 setiap seorang untuk menginap di hotel terletak di Jalan Raja Harun di sini.

Bagaimanapun kegiatan remaja terbabit terbongkar selepas sembilan pegawai penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat diketuai Hairulaznam Kamarruzaman menggempur hotel terbabit jam 9 malam kelmarin.

Ketua Pegawai AADK Hulu Langat, Muhammad Ramlan Syed Ahmed berkata, empat remaja terbabit berada dalam keadaan khayal ketika ditahan pihaknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 8:18 AM